Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah bin Kamsah
Siapa sahaja yang tidak mengenali salah seorang pakar motivasi terbaik di Malaysia?
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah bin Kamsah.
Beliau dilahirkan di Kampung Sungai Pinang, Klang, Selangor.Dr. Haji Fadzilah memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Pertanian dengan kepujian kelas pertama dari Universiti Malaya (1975), Ijazah Sarjana Sains Pertanian Kewartawanan (1977) dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Organisational Communication (1984) dari Universiti Wisconsin–Madison, Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1977. Insan hebat ini rupanya pernah menjadi salah seorang ahli Universiti Putra Malaysia. Pada tahun 1993, beliau menubuhkan sebuah syarikat untuk menyediakan perundingan pembangunan motivasi dan keluarga. Pada 10 Januari 2008, Fadzilah dinamakan "Tokoh Maal Hijrah" Selangor sebagai mengiktiraf sumbangan beliau terhadap keluarga dan pembangunan modal insan. Kejayaan yang dilakar dalam perjalanan hidup beliau telah membuatkan saya kagum!
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah bin Kamsah telah melakukan banyak kajian psikologi berkaitan dengan sifat manusia. Kajian seperti ini sangat diminati orang ramai kerana tidak semua mampu untuk melakukan kajian yang mengambil masa bertahun-tahun ini.
Saya gemar untuk menonton video motivasinya. Oleh itu,saya dapat mengenali diri saya dengan lebih baik. Kadang-kala saya juga tidak menyangka sifat saya sedemikian rupa setelah mendengar penerangan beliau di aplikasi Youtube. Baru-baru ini saya mengenali warna aura melalui bulan kelahiran telah yang diterangkan beliau dalam satu video di Youtube.Anda juga boleh mencubanya nanti!
Sesungguhnya, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah bin Kamsah telah banyak memberikan sumbangan kepada negara terutamanya dalam bidang motivasi. Oleh itu, saya telah menjadikannya sebagai pakar motivasi kegemaran saya. Sesungguhnya,sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.
Firman Allah SWT;
هَلْ جَزَاءُ الْإِحْسَانِ إِلَّا الْإِحْسَانُ
“Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula).”
(Surah Ar-Rahman : 60)
Comments
Post a Comment