BUDAK TEBING 2

 


Budak Tebing 2.

Sebuah drama yang telah saya tonton dan nantikan isi kandungan yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon muda tanah air.Drama yang mengisahkan tentang kehidupan anak muda yang mengharungi liku kehidupan dan tidak semua perkara yang berlaku dalam hidup itu indah.Itulah ujian.

Drama ini memberi seribu satu perasaan kerana menjadi manusia yang sempurna itu bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ada kala kita terpaksa berpura-pura kuat namun di sebalik topeng muka yang dipakai untuk menutup kesedihan yang dialami. Luka yang paling dalam yang dialami oleh pelakon drama ini bawakan ialah luka daripada darah daging sendiri. Seteruk mana ahli keluarga itu, darah keturunan itu tetap mengalir di setiap sisi tubuh manusia itu. Sesungguhnya,anak itu merupakan cerminan ibu bapa. Oleh itu, setiap perbuatan yang ingin dilakukan itu perlulah mengambil kira baik buruknya dahulu agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingin pada masa hadapan.


Firman Allah SWT;

لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا ۗ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ اِنْ نَّسِيْنَآ اَوْ اَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهٗ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهٖۚ وَاعْفُ عَنَّاۗ وَاغْفِرْ لَنَاۗ وَارْحَمْنَا ۗ اَنْتَ مَوْلٰىنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِيْنَ ࣖ

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa),“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir."

(Surah Al-Baqarah, ayat 286)


Ini hidup kita.

Kau dan Aku selamanya!

Comments

Popular Posts