Bersama mereka aku bergelak tawa!

 



Sahabat merupakan anugerah Allah yang patut dihargai sebaiknya. Tanpa mereka, hidup kita akan menjadi sunyi dan kadang-kala suram. Rakan yang baik dapat membimbing kita ke syurga Allah.

Kehadiran kalian mewarnai hidup saya. Meskipun ada antara kita jarang bersua muka,bertegur sapa, dan bergelak tawa bersama, namun semoga persahabatan yang pernah kita bina akan kekal selamanya. 

Saya tidak pandai berkata-kata untuk mengungkapkan rasa gembira akan kehadiran kalian semua. Namun, saya kadang-kala menyebut tentang kalian walau di mana jua saya berada.





Semoga persahabatan dan ukhuwah yang terjalin akan kekal sehingga akhir hayat. Terima kasih kerana hadir dalam hidup ini. Sentiasa ku doakan agar kalian terus sihat dan mencapai cita-cita dan impian yang diinginkan.


Firman Allah SWT;

َلْاَ خِلَّآءُ يَوْمَئِذٍۢ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ اِلَّا الْمُتَّقِيْنَ 

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)."

(Surah Az-Zukhruf 43: Ayat 67)








Comments

Popular Posts