Hiburan pembawa alpha

 


Hiburan.

Apakah tujuan hiburan diwujudkan?

Hiburan kini berkembang berleluasa di seluruh negara. Hiburan mudah didapati termasuklah hanya menggunakan hujung jari sahaja untuk berseronok. Untuk menggilai manusia lain yang sama sifatnya dengan diri sendiri. Apa yang membezakan hanyalah perbedaan agama, usaha dan rupa visual sahaja. Saya memilih gambar di atas iaitu KPOP yang menjadi kegilaan ramai anak muda kini kerana saya juga kadang-kala terlepas dalam menasihati diri untuk tidak menyanyikan lagu mereka, menonton rancangan komedi yang dibawa oleh mereka.Sungguh,pengaruh mereka amat besar dalam hidup saya. Sungguh alpha diri ini!

Oleh sebab terlalu menonton Kpop dan drama Korea, kadang-kala saya telah sia-siakan waktu yang ada dan menyebabkan kerja tertangguh. Sungguh tidak baik! Lebih baik saya isi masa tersebut dengan mendengar ceramah agama, berselawat, dan membaca kitab suci al-Quran. Sesungguhnya, masa itu emas.

Berhibur itu tidak salah. Ketaksuban itu yang menjadikannya salah terutamanya dari segi agama. Oleh itu, mari semua kita kurangkan hiburan, tingkatkan iman! Sesungguhnya, Allah tidak menyukai hambanya berhibur secara berlebihan dan lupa kepadaNya. 


Firman Allah SWT;

وَاِ ذَا سَمِعُوا اللَّغْوَ اَعْرَضُوْا عَنْهُ وَقَا لُوْا لَنَاۤ اَعْمَا لُنَا وَلَـكُمْ اَعْمَا لُـكُمْ ۖ سَلٰمٌ عَلَيْكُمْ ۖ لَا نَبْتَغِى الْجٰهِلِيْنَ

"Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: "Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu; selamat tinggalah kamu; kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil"."

(Surah Al-Qasas 28: Ayat 55)


Comments

Popular Posts