Ku berkelana ke Bandaraya Melaka

 

Bandaraya Melaka


Pengalaman mengunjungi negeri Melaka tidak dapat saya lupakan. Bandaraya yang menempatkan pelbagai sejarah Melayu telah mengalami perubahan ketara mengikut arus kemodenan zama kini.

Saya ke sana bersama rakan dengan menaiki bas yang mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan. Setelah tiba, sepupu saya telah mengambil saya di stesen bas dan membawa kami pulang ke rumahnya.

Keesokkan harinya, bermulalah kembara saya untuk melihat keindahan dan kepelbagaian budaya di bandaraya Melaka ini.



Saya telah mengunjungi sebuah muzium iaitu Muzium Islam Melaka. Dalam muzium ini, terdapat pelbagai artifak yang telah ditempatkan untuk menjadi tatapan kepada orang awam. 



Melihat peta empayar kerajaan Melaka


Banyak ilmu yang saya peroleh setelah melawati Muzium Islam Melaka ini. Kita harus menghargai jasa leluhur kita yang banyak menyumbang jasa untuk kehidupan harmoni kita pada masa sekarang.

Seterusnya,saya melawat Muzium Samudera Melaka yang turut menjadi tumpuan pengunjung tempatan mahupun pelancong luar negara.



Muzium Samudera Melaka


Muzium Samudera terletak berhampiran muara Sungai Melaka di Bandar Raya Melaka. Ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang peranan negara Malaysia yang merupakan pusat perdagangan pada zaman dahulu melalui Kesultanan Melayu Melaka dan perkembangan kegiatan maritim serantau sepanjang zaman kesultanan tersebut. Kapal besar tersebut dinamakan sebagai kapal kerakah Flor de la Mar (Si Kuntum Laut) milik Portugis yang berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.



Menara Taming Sari

Menara Taming Sari merupakan tarikan utama di bandaraya Melaka. Pengunjung sudah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menaiki menara pandang ini. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk menaikinya dan setelah sampai di atas, pemandangan seluruh negeri Melaka dapat saya lihat akan ia merupakan kenangan yang saya tidak dapat lupakan.

Sesungguhnya, jauh perjalanan,luas pemandangan. Itulah kata-kata yang sesuai sebagai akhir penulisan pada kali ini.


Firman Allah SWT;

هُوَ الَّذِيْ جَعَلَ لَـكُمُ الْاَ رْضَ ذَلُوْلًا فَا مْشُوْا فِيْ مَنَا كِبِهَا وَكُلُوْا مِنْ رِّزْقِهٖ  وَاِ لَيْهِ النُّشُوْرُ

"Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)."

(Surah Al-Mulk 67: Ayat 15)




Comments

Popular Posts