Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Tenggelamnya Kapal Van der Wijck.
Novel ini telah ditulis oleh Haji Abdul Malik Karim Amrullah yang lebih dikenali sebagai Hamka dan diterbitkan pada tahun 1938. Novel ini mengisahkan tentang perbezaan adat di Minangkabau dan latar sosial antara watak Zainuddin dan Hayati yang menghalang mereka untuk bersatu. Zainuddin yang merupakan lelaki yang tidak bersuku mempunyai ibu yang berdarah Bugis manakala ayahnya merupakan suku Minang. Perbezaan status sosial ini menjadikan Zainuddin sentiasa dicemuh kerana tidak setara dengan suku Minang. Dalam kemelut tersebut,Zainuddin telah menemui Hayati. Hayati yang merupakan perempuan bangsawan daripada suku Minang.Oleh itu,perbezaan taraf antara Zainuddin dan Hayati menyebabkan mereka tidak dapat menjalinkan cinta meskipun saling mencintai antara satu sama lain.
Karya Hamka ini juga telah diangkat menjadi sebuah filem Indonesia oleh Sunil Soraya dan rata-rata yang telah menonton filem ini sangat berpuas hati dan bangga akan karya ini.
Sesungguhnya, Allah telah menciptakan setiap orang itu berpasangan. Walaupun cinta tersebut tidak berbalas atau cinta antara dua darjat, kita harus lebih redha akan ketentuan tersebut dan berdoa agar masing-masing bahagia walaupun tidak bersama.
Firman Allah SWT;
ٰۤاَ يُّهَا النَّا سُ اِنَّا خَلَقْنٰكُمْ مِّنْ ذَكَرٍ وَّاُنْثٰى وَجَعَلْنٰكُمْ شُعُوْبًا وَّقَبَآئِلَ لِتَعَا رَفُوْا ۗ اِنَّ اَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللّٰهِ اَ تْقٰٮكُمْ ۗ اِنَّ اللّٰهَ عَلِيْمٌ خَبِيْرٌ
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
(Surah Al-Hujurat 49: Ayat 13)
Comments
Post a Comment