Honesty?
Pernah tak? Nak berhenti belajar walaupun dah jauh sangat dah. Saya merasainya sekarang. Tidak tahu cara untuk meluahkannya. Kadang kala saya tidak mahu keluar daripada alam mimpi. Biarlah saya masih di situ walaupun semuanya palsu belaka. Ini kali kedua saya berasa gagal dalam hidup. Walaupun begitu,saya masih perlu bertopengkan senyuman di hadapan semua orang. Rasa jatuh,gagal,kehilangan,kosong Saya tidak tahu apa yang saya nak buat untuk mematikan rasa ini. Melihat rakan-rakan jauh lebih baik Buatkan saya kadang kala runsing akan diri sendiri Apa yang aku buat? Kenapa aku tidak sama dengan mereka? Salah di mana aku? Adakah aku mampu memperbaikinya? Adakah itu? Adakah ini? Terlalu banyak persoalan bermain di minda tatkala aku ralit dan termenung. Perasaan yang sentiasa menghantui diri. Itulah kelemahan diriku. Overthinking? Ya. Sensitif? Ya. Mampu diam seribu bahasa? Ya. Menangis? Ya. Rasa gagal yang tiada berpenghujung? Ya. Benci pada diri sendiri? Ya. Trust issues? Ya. Bencik...